Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembinaan saluran paip bagi menyalurkan minyak dari utara ke Pantai Timur Semenanjung dijangka sukar kerana ia merentas banjaran gunung dan melibatkan kos yang tinggi. Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, beberapa syarikat yang mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina saluran paip itu perlu meneliti pelbagai perkara sebelum memulakan projek tersebut.
Menurutnya, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah pembinaan kemudahan marin di kawasan utara dan Pantai Timur yang dijangka memerlukan pelaburan besar serta kajian terperinci mengenai kesesuaiannya sebagai pelabuhan utama. Selain itu, tambah beliau, analisis perbandingan kos antara penggunaan saluran paip dengan penggunaan kapal pengangkut minyak yang besar untuk membawa minyak dari kawasan utara ke Pantai Timur juga perlu dilakukan. Abdullah berkata, pemerhatian juga harus diberikan terhadap kajian impak ke atas alam sekitar termasuk risiko pencemaran sekiranya berlaku kebocoran saluran paip atau tangki penyimpanan minyak serta kajian impak sosial ke atas penduduk setempat. ‘‘Selain itu, komitmen penggunaan kemudahan yang disediakan oleh pembekal dan pembeli minyak juga perlu memandangkan daya maju projek itu bergantung kepada jaminan pihak terbabit,’’ katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr. Mohamed Hayati Othman (Pas-Pendang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.Mohamed Hayati meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah penduduk yang terpaksa berpindah dari kampung-kampung yang terlibat dalam projek pembinaan loji penapisan minyak di Yan, Kedah dan Bachok, Kelantan serta pembinaan saluran paip minyak merentasi Semenanjung.
Abdullah berkata, secara prinsipnya kerajaan bersetuju dengan konsep yang dicadangkan oleh syarikat-syarikat tersebut berdasarkan ia akan dibiayai penuh oleh pihak swasta. Tambahnya, cadangan yang dikemukakan itu antara lain bertujuan untuk mengurangkan kesesakan dan kemalangan di perairan Selat Melaka.

No comments:
Post a Comment